Monday, August 17, 2009

[10] Bangku Kosong

bangku kosong. kesian dia terpedaya sama omongan kosong si pasir.masih dia terdampar di situ menanti kepulangan yang tercinta. kasihan beliau. tunggu juga tunggu. kelibat juga tak kelihatan. kosong lagi seperti hari hari yang lalu. tercongok disitu disimbah haba mentari , diludah air hujan. berkulat tangan kaki. masih tiada yang peduli.

daging yang dulunya secebis roti diusung sana sini, dikepal kepal bia gagah. biar terus bernyawa untuk dunia .tinggalkan bangku kosong disitu bermandi perih. setelah lama dia mendiami perut, dia campak ke tepi. apa barang mudah dia pikir.

jika mahu dikira , tiada guna di tunggu. yang terkena gila tak akan sembuh melainkan ingat. yang terkena demam tak akan sembuh melainkan berubat.

Wednesday, August 5, 2009

[9] Komplikasi Sesebuah Ikatan

sebelah mata lagi terjongol keluar, memandang telus ke kabus. pandang lama-lama. kabus pula beransur pergi meninggalkan aku yang masih memandang. dia dibunuh oleh cahaya mentari. tapi esok datang lagi. tak pernah reti bahasa sang suria. masih masih mahu lagi. patutkah aku jadi persis kabus? patutkah aku terus tegar berdiri tanpa sungut ? mencinta kau , berkasihkan kau ? walau laju aku disepak terajang perasaanya , kejam diseksa. ada kata wajar aku deras lari. melambai benci pada kau. tapi hey ! hati keras macam batu , masih mahukan kau. tetap , dan muktamad. tapi khabarkah kau aku disini ? tercongok bak tunggul reput. mahu dikejar , senang di sampahkan.

[8] Akhir Sudah

puas aku merayu-rayu
puas aku bercucur mata
minta dibobok , minta dikucup
akhirnya tuhan makbulkan kata.

dulu aku sampahkan kau
kalau dulu aku biarkan
sekarang aku persis sasau
nak kau , nak kau dan kau

adakah ini badi dari
"benci tanda sayang "

ohh rumit rumit

bloggie