Wednesday, August 5, 2009

[9] Komplikasi Sesebuah Ikatan

sebelah mata lagi terjongol keluar, memandang telus ke kabus. pandang lama-lama. kabus pula beransur pergi meninggalkan aku yang masih memandang. dia dibunuh oleh cahaya mentari. tapi esok datang lagi. tak pernah reti bahasa sang suria. masih masih mahu lagi. patutkah aku jadi persis kabus? patutkah aku terus tegar berdiri tanpa sungut ? mencinta kau , berkasihkan kau ? walau laju aku disepak terajang perasaanya , kejam diseksa. ada kata wajar aku deras lari. melambai benci pada kau. tapi hey ! hati keras macam batu , masih mahukan kau. tetap , dan muktamad. tapi khabarkah kau aku disini ? tercongok bak tunggul reput. mahu dikejar , senang di sampahkan.

No comments:

bloggie