Saturday, June 20, 2009

[3] Cahaya

seorang lelaki , dia hampir hampir tamatkan hela nafas dengan beri kebenaran trakea dia menelan seberapa banyak yang boleh pil lelap untuk bikin parti liar di bawah perut sana. nasib dia baik , teman selama dia hidup 16 tahun 6 bulan dan 6 hari beri bantuan CPR dengan menghantarnya ke rumah sakit. keadaan stabil. si gadis lega sambil menghentikan proses air mata yang bercurah curah. kasihan dia , mata hidung mulut semua merah.


jejaka sedar , dia murung. kesal kerana dia tak di tanam awal awal seperti yang dirancang. teramat kesal hingga menyisihkan wirawatinya. si gadis tenang , biarkan si jejaka melayan rasa sakitnya sendiri. di doanya pulih dan kembali senyum seperti waktu mereka ketawa dulu. sebelum terjadinya revolusi perpecahan dan penyisihan.

jejaka dan teman wanitanya amat bahagia dulu , saling menyayangi barangkali. dan tibanya kumbang lain si teman wanita curang. si jejaka nekad bunuh diri. patah semangat, kononya cahaya hidupnya dah padam padahal dia lupa cahaya yang sentiasa terang dan tak pernah padam selalu bersamanya, Yang Maha Esa.

jejaka buta , buta dalam menilai baik buruk , masak dan putik. si gadis yang setia bersamanya dibiar gitu saja. tak pernah mengerti apa yang dirasa. kejam sebagai lelaki yang punya deria rasa menghidu.

si jejaka padam lekas lekas lamunannya apabila namanya di panggil.
jururawat cantik molek serahkan sepucuk surat. warna kuning kegemaran si gadis. di dalam nya...

Syafiq , aku minta maaf , aku tak mampu lagi nak bantu kau terangi hidup kau.

kudrat yang ada dikerah sampai ke pintu utama hospital. sebelum bibir nya bernyawa untuk menyebut, satu lagi nyawa telah terbang. darah pekat keluar mengalir pergi , seperti mana lampu neon yang sentiasa membantu terangi dirinya padam. sekarang si jejaka sedar , cahaya yang teranginya itulah yang paling diperlukan daripada gula gula yang diberi peluang untuk menyuluh.

No comments:

bloggie