Aku mahu bebas dengan perahu aman
yang masih terikat dengan sisa bedil.
Mereka pandang sinis darah yang menitis
dari perut kecilnya.
Katanya , ini semua demi kau!
Demi negara kau !
Demi keselamatan kau !
Demi ekonomi dunia !
Bangsat ! Kau penipu agung.
Kami tahu itu semua
jelas terpancar di sudut
kiasan motif kau.
Kau masih tak berganjak.
Masih mahu berdebat walau terang
kau yang si pencelaka itu yang
mencabut nyawa bagai rimau lapar
Dan mereka hanya mampu menunggu
datangnya perwira damai memeluk
ketakutan .
Melempar jauh ke Sungai Nil
Tuesday, June 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment